Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Hadis :Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

Wednesday, November 4, 2009

lawaks.....

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya."Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor."Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu."Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu."Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu."Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul…

No comments:

Post a Comment