Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Hadis :Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

Friday, November 6, 2009

Talak Perkara halal yang paling dibenci Allah.

Pembentukan keluarga yang berjaya ialah yang mampu mengikatperasaan suami isteri dengan ikatan yang saling mengerti antara satu sama lain.Ikatan yang melahirkan suasana bahagia dengan hiasan cahaya mata yangmenjadikan kehidupan rumah tangga aman sejahtera dan bahagia.Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kedamaian. Tanpakedamaian, kehidupan berumah tangga tiada ertinya. Malah ia akan menjadisuatu gelanggang permusuhan dan pergaduhan di antara suami dan isteri. Bilaperkara ini berlaku sudah tentu sebuah rumah tangga tersebut terdedah kepadakehancuran. Maka bagi mewujudkan kedamaian rumah tangga, tanggungjawabadalah kunci yang paling utama di mana tanggungjawab tersebut bukan sahajaterbatas sekadar menyediakan tempat tinggal dan memenuhi segala tuntutanfizikal seperti pakaian, makan minum, kenderaan dan sebagainya. Malahtanggungjawab yang lebih khusus dan lebih utama ialah memberi kasih sayang,menjaga hati dan perasaan pasangan. Oleh itu Islam mengadakan undangundangyang lengkap bermula daripada seseorang itu merancang hendakberkahwin hinggalah ke peringkat perceraian sekiranya hubungan suami isteri itutidak dapat diperbaiki lagi...

No comments:

Post a Comment